ANGKASA Sahkan Bunyi Dentuman Serta Cahaya Terang Di Sabah Merupakan Meteor

Baru-baru ini, satu berita tentang bunyi dentuman kuat dan cahaya terang telah menggemparkan penduduk di Kota Belud, Tuaran dan Kota Kinabalu, Sabah.

Ada yang mendakwa ianya berpunca daripada hentaman meteor. Namun ianya hanyalah spekulasi semata-mata.

Akhirnya kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

ANGKASA telah mengesahkan cahaya terang dan bunyi detuman itu sememangnya berpunca daripada meteor.

Buat yang tidak tahu,  meteor ini merupakan sejenis batuan angkasa lepas yang memasuki atmosfera Bumi akibat tarikan graviti oleh Bumi dan hasil geseran akan menghasilkan cahaya terang.

Ini kenyataan pihak ANGKASA:

“Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, ANGKASA berpendapat objek berkenaan adalah hasil daripada meteor.

“Pada kebiasaannya, batuan meteor ini berasal daripada serpihan asteroid yang bersaiz lebih kecil iaitu kurang daripada 0.5 meter persegi dan apabila memasuki ruang atmosfera Bumi dengan kelajuan yang tinggi, batuan ini akan bergesel dengan partikel di atmosfera dan akan menghasilkan haba yang menyebabkan ia terbakar dan bercahaya”

“Hasil daripada letupan berkenaan, batuan meteor tersebut akan berkecai menjadi debu atau serpihan kecilyang berkemungkinan akan jatuh ke Bumi”

“Memandangkan ia adalah fenomena biasa, rakyat biasa khususnya di Sabah tak perlu bimbang dengan kejadian yang berlaku malam tadi kerana 95% akan musnah terbakar di atmosfera Bumi. ANGKASA juga menyarankan agar orang ramai tak menyebarkan maklumat tak sahih melalui media sosial.

Ini kenyatan berkenaan:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: ANGKASA via PenMerahpress


Apa Kata Anda?