Musa tinggalkan Sri Gaya, Shafie Apdal dijangka jadi Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangkan akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada pukul 9.30 malam Sabtu oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini.

Para pemberita yang tiba di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya pada pukul 8 malam tidak dibenarkan untuk mendekati rumah tersebut.

Pihak polis di kediaman itu berkata, kakitangan Tan Sri Musa Aman sedang mengemas barangannya.

Lima minit kemudian, Musa dilihat meninggalkan kediaman itu dengan menaiki kereta rasmi bersama kereta iringan.

Ketika ditanya, polis di kediaman tersebut memaklumkan bahawa Musa tidak akan ke Istana Negeri, tetapi ke kediaman peribadinya.

Pada pukul 8.30 malam pula, mereka mengesahkan kediaman rasmi tersebut sudah kosong.

Bagaimanapun, sebelum itu Musa mengeluarkan kenyataan bahawa dia masih belum meletakkan jawatan sebagai ketua menteri.

 

Sumber; Mstar


Apa Kata Anda?