Pekerja syarikat pindah barang memulangkan kembali wang bernilai RM151,300 yang ditemui di dalam almari kepada pemiliknya

Netizen menyarankan bahawa pekerja yang jujur ini supaya dinaikkan pangkat selepas beliau mengembalikan wang S$50,000 (RM151,300) yang ditemui di dalam almari kepada pemiliknya.

Pekerja yang jujur tersebut, Jake merupakan pekerja syarikat Prestige – Moving Services, yang menyediakan servis pemindahan barang di Singapura.

Kredit: Prestige – Moving Services|Facebook

Kejujuran adalah sifat yang paling penting untuk dimiliki oleh pekerja dalam sektor pekerjaan tersebut kerana mereka sering memindahkan perabot dan barang berharga dan ternyata Jake memenuhi kriteria tersebut.

Anda tidak akan pernah tahu jika anda secara tidak sengaja boleh meninggalkan sesuatu yang sangat sentimental atau berharga.

Jadi pemilik wang tersebut sangat bersyukur apabila Jake kembalikan sejumlah besar wang tunai yang tidak sengaja ditinggalkan di dalam almari.

“Ini adalah Encik Jake. Salah seorang pekerja terbaik kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana kejujurannya yang mungkin orang lain tidak akan lakukannya dan jujur adalah sangat penting dalam industri kami di mana pelanggan memberi kepercayaan kepada kami bahawa perabot dan barang-barang mereka selamat berada di tangan kami.

“Jake, ketika melakukan pemindahan di salah satu premis pelanggan kami, menemui sejumlah wang tunai S$50,000 yang dibungkus dalam beg plastik di dalam kabinet.”

“Wang ini secara tidak sengaja ditinggalkan oleh pelanggan kami. Jake, membuat langkah terbaik dan keputusan untuk memulangkan keseluruhan wang tersebut kepada pelanggan.

“Sekali lagi, terima kasih Jake atas kejujuran anda dan kami harap anda akan bersama kami selama bertahun-tahun lagi,” kata Prestige Moving Services dalam satu perkongsian di Facebook.

Netizen mencadangkan supaya gaji beliau dinaikkan atau beliau dinaikkan pangkat sebagai penghargaan di atas kejujurannya.

Walaupun bertatu membawa persepsi yang buruk terhadap ramai orang, Jake membuktikan bahawa penampilan luaran tidak melambangkan hati budi seseorang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Mothership via EraBaru


Apa Kata Anda?