[VIDEO] Pelajar Sekolah Ini ‘Menyanyikan’ Lagu Untuk Ibunya Yang Tuli, Dengan Wajah Comel Yang Sayu. Pasti Berasa Sebak!

Satu persembahan kesenian dan koir telah diadakan di sebuah sekolah di Roncagua, Chile dan apa yang menarik dalam persembahan ini ialah satu rakaman video yang telah menjadi tular dalam masa beberapa jam selepas ia di muat naik di Facebook.

Sekumpulan pelajar sekolah rendah telah mengadakan satu persembahan nyanyian sebuah lagu bertajuk “Cuanda te miro” dari kumpulan Mocedades. Para pelajar menyanyikan lagu ini dengan penuh perasaan bersama iringan gitar guru muzik mereka dengan disaksikan oleh para ibu bapa yang hadir.

Apa yang mencuri perhatian ialah salah seorang pelajar dalam kumpulan pelajar ini ialah Diego Alonso yang dilahirkan oleh seorang ibu yang tuli atau tidak boleh mendengar, yang hadir menyaksikan persembahan nyanyian anak lelaki kesayangannya.

Diego berasa ibunya akan berasa tidak selesa apabila melihat persembahannya tanpa memahami maksud yang ingin disampaikan dalam nyanyian lagu yang merdu itu.

Apa yang dilakukan oleh anak ini amat menyentuh hati. Diego berdiri di hadapan ibunya bersama wajahnya yang comel dan sayu lalu menyanyikan lagu itu dengan menterjemahkannya di dalam bahasa isyarat.

‘Nyanyian’ lagu tersebut bersama pergerakan bahasa isyaratnya akan membuat sesiapa sahaja yang melihat akan berasa sebak dan mengalirkan air mata. Lihat sahaja pada wajah comel dan sayu Diego Alonso menyanyi bersama air mata yang mengalir di pipinya.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: FB EraBaru


Apa Kata Anda?