PH akhirnya bentuk kerajaan Perak

Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu bersalaman dengan rakyat di negeri Perak selepas keluar dari Istana Kinta, Sabtu. -fotoTHESTAR

IPOH: Pakatan Harapan (PH) Perak mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mandat itu diperoleh setelah dua pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) memilih untuk menyertai PH.

Perkara itu disahkan Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu.

“Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpuas hati dengan jumlah majoriti mudah yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, di sini, Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH menang 29 daripada 59 kerusi DUN Perak.

 

Sumber: Mstar


Apa Kata Anda?