Polis serbu ‘rumah selamat’ didakwa milik Najib

PUTRAJAYA: Pegawai polis berpakaian biasa menyerbu sebuah rumah di Precint 10, dipercayai ada kaitan dengan kes 1MDB.

Pegawai-pegawai dari Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman berada di rumah itu sejak pukul 1 petang.

Beberapa kotak telah dikeluarkan dari rumah tersebut dan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah van putih.

 

Rumah itu hanya terletak 200 meter dari Seri Perdana dan milik Bahagian Pengurusan Harta Jabatan Perdana Menteri.

Sebuah portal berita menyifatkan ia sebagai ‘rumah selamat’ bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Mstar


Apa Kata Anda?