Sajat Sedih, Lori Muatan Bengkung Terbakar

PETALING JAYA: Lori yang membawa produk kecantikan keluaran syarikat milik usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman terbabit dalam kemalangan.

Berita itu dimaklumkan Sajat di laman sosial Instagramnya pada Khamis malam.

Sajat berkata, ketika kejadian, lori berkenaan membawa muatan produk bengkung yang boleh membantu mendapatkan bentuk badan yang ramping. 

“Sedih sangat-sangat… Sajat baru dapat berita pagi tadi, lori yang sepatutnya menghantar ‘bekalan terakhir’ kepada kami, mengalami kecelakaan di jalan raya,” katanya yang turut memuat naik video kemalangan yang menunjukkan kenderaan terbakar dalam kejadian itu.

Posting Sajat di Instagram mengenai lori yang membawa produk kecantikanya terbabit dalam kemalangan.

Sehubungan itu, Sajat memohon maaf kepada semua pihak terutama stokis, ejen dan pelanggan yang menunggu stok produk tersebut.

“Sajat betul-betul terkilan dan serba salah sangat-sangat bila berlakunya kejadian sebegini,” katanya.

Sajat bagaimanapun tidak menyatakan lokasi kejadian, namun ia dipercayai berlaku di China berdasarkan maklumat berhubung kejadian yang diterima usahawan itu daripada kakitangannya di negara itu.

Beliau sebelum ini diketahui umum sering berulang-alik ke China bagi urusan produk kecantikannya.

“Kemusnahan bengkung yang akan diterbangkan hari ini sepatutnya 3,000 keping, tetapi semuanya musnah,” tambahnya.

Sedih sangat2 bila production sajat lets bengkung gold mengalami situasi mcm ini..sajat baru dapat berita pagi tadi,lorry yang sepatut nya hantar last production pada kami,mengalami kecelakan di jalan raya…kami di sini berminta maaf kepada mereka,terutamanya stokis2 kami,agent2 kami,customer2 yang menunggu Production kami…sajat betul2 terkilan dan serba salah sangat2 bila berlakunya kejadian sebegini… kami harap,sesiapa yang dah berurusan dengan stokis2 kami dan agent2 kami atas urusan preoder..kami di sini akan mengpercepatkan persediaan production secepat mungkin..segala kemusnahan bengkung yang akan di terbangkan hari ini,sepatut nya ada 3000pcs..tetapi semua nya musnah berlaka????????????,staf kami dari china beri info pada sajat pagi tadi…sedih sangat2 tau..???????????????????? Sajat akan sentiasa update selalu tentang production kami.. kepada client2 harap bersabar yer????????..jangan marah stokis2 sajat atau agent2 sajat.. klu tak percaya,boleh call terus kat HQ…harap maaf sangat2 dan fahami situasi kami atas bencana yang menimpa ini.. terima kasih???????????????? #sosedih #mybengkung #maafataskelewatan #sosedih #nursajat #letsbengkunggold

A post shared by NUR SAJAT TISHRIN (@nursajat02) on

Menurut Sajat, pihaknya akan mempercepatkan proses pengeluaran produk yang baharu secepat mungkin bagi mengatasi tempahan yang telah dibuat.

Beliau juga akan mengemaskini perkembangan mengenai pengeluaran produknya dari semasa ke semasa dan berharap pelanggannya dapat bersabar.

“Harap maaf sangat-sangat dan fahami situasi kami atas bencana yang menimpa ini. Terima kasih,” ujar Sajat.

mStar Online cuba menghubungi usahawan kosmetik itu berhubung insiden berkenaan, tetapi masih belum mendapat maklum balas.

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?