SPRM rampas wang tunai, barang kemas milik Azeez, isteri

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim mengesahkan bahawa beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ke rumahnya, Selasa.

Pemimpin Umno itu mengesahkan kira-kira 10 anggota SPRM telah datang ke rumahnya sebelum memaklumkan kepada beliau untuk melakukan penggeledahan.

Kesemua pegawai SPRM itu hadir sekitar jam 1 petang Selasa.

Tambah Abdul Azeez, daripada penggeledahan tersebut, pegawai SPRM turut merampas barang kemas milik isterinya serta wang tunai.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah wang tunai yang dirampas SPRM.

Abdul Azeez bagaimanapun berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan tanpa sembunyikan apa saja maklumat yang diperlukan.

“Saya sedia bila masa sahaja untuk membantu dan memberi kerjasama kepada SPRM untuk membantu sebarang siasatan.

“Saya tiada apa yang hendak disembunyikan apa-apa. Sebenarnya saya dah duga ini akan berlaku memandangkan nama saya memang disebut,” katanya. – Astro Awani

Sumber: Source


Apa Kata Anda?