Ayah… Ayah… Mana Ayah? – Tangisan Aisyah Damira Mencari Bapanya Menambah Kepiluan

Tangisan seorang anak kecil mencari bapanya menambah kepiluan suasana di perkarangan kediaman keluarga anggota bomba, Adnan Othman, 33, di Lukut, hari ini.

Mereka yang berada di kediaman berkenaan turut tidak dapat menahan air mata mendengar rintihan anak sulung Adnan, Aisyah Damira, 5, yang memanggil bapanya ketika orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir sejurus jenaz4h tiba di Taman Jaya, Lukut di sini, jam 11.50 pagi tadi.

 

Aisyah yang tidak berhenti menangis ditenangkan bapa saudaranya, Ahmad Shahir Salleh, 25, yang juga adik ipar Allahyarham.

Ahmad Shahir berkata, anak sulung daripada dua beradik itu amat rapat dengan bapanya dan sangat terkesan dengan tragedi terbabit.

Dia dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas mendapat panggilan telefon daripada kakaknya yang juga isteri Allahy4rham, Shahmiza, 31, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

“Saya hilang kata-kata sebaik mendapat tahu kejadian itu. Saya cuma fikirkan nasib kedua-dua anak mereka,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah keluarga Adnan.

Adnan yang juga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pasukan Bomba dan Penyelamat, terkorb4n bersama lima rakannya dalam operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di lombong di Puchong jam 9.15 malam tadi.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Bharian via IslamikInfo


Apa Kata Anda?