Tun M potong gaji menteri 10%, SPAD, JASA dan lain-lain dibubar demi bantu jimat perbelajaan negara

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad hari ini telah mengumumkan untuk memotong gaji barisan menteri sebanyak 10% sebagai langkah untuk mengurangkan pembelanjaan negara.

Menurut Tun M, potongan ini berdasarkan kepada gaji asas menteri setelah mendapat persetujuan bersama dengan barisan kabinet barunya itu.

Walau bagaimanapun, pemotongan ini tidak melibatkan pegawai kanan kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara, namun digalakkan untuk berbuat demikian secara sukarela.

Sebagai langkah tambahan, Tun M turut mengambil keputusan untuk membubarkan beberapa buah agensi dan jawatankuasa kerajaan, antara yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Majlis Profesor Negara (MPN)
  • Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKK)
  • Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
  • Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU)
  • Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
  • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tambah Tun M, sesetengah agensi seperti JKKK telah menjadi terlalu berunsur politik sedangkan peranannya dapat dilaksanakan oleh pegawai kerajaan yang lain.

Sumber : Malaysiakini


Apa Kata Anda?