Tun Mahathir angkat sumpah pada jam 9.30 malam

KUALA LUMPUR: Persoalan yang berlegar dalam fikiran orang ramai dan pemerhati politik negara sejak petang Khamis, mengenai upacara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia yang baharu akhirnya terjawab.

Tun Dr Mahathir Mohamad dikhabarkan telah mendapat perkenan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, jam 9.30 malam nanti.

Pegawai Istana Negara mengesahkan perkara itu, selain turut dimuat naik di laman Facebook rasmi Mukhriz Mahathir FC, bersama gambar Tun Mahathir.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

Sumber: Astro Awani


Apa Kata Anda?