” Aku Ingat Nak Buat Surprise”. Lelaki Ini Kena Tinggal, Tunang Pulangkan Duit Cincin

Darah manis, pasti ada saja dugaan yang datang.  Mungkin sebab itulah orang-orang tua dulu kata bertunang jangan lama-lama.  Dalam islam pun bertunang tak wajib, namun kerana adat, kita turutkan.

Tunang adalah satu ikattan janji antara pihak lelaki dengan perempuan sebelum berlakunya akad.  Cincin atau hadiah yang diberikan semasa peminangan menjadi tanda ikatan pertunangan.  Tapi, apa akan jadi kalau ikatan ini tiba-tiba dibatalkan sebelum hari akad nikah?

Mungkin kedengaran amat perit, namun hanya individu yang mengalaminya sahaja yang mengetahui apa yang dirasai. Dan sebab itu jugalah kita selalu melihat di kaca televisyen atau di dada akhbar kejadian tindakan nekad diambil pasangan termasuk melibatkan kehilangan nyawa. Mungkin kerana merasai betapa perit ditinggalkan.

Melalui perkongsian seorang lelaki ini di Twitter miliknya, beliau telah memuat naik sebuah gambar berserta kapsyen yang tertulis,  ” Aku ingat nanti aku nak buat suprise, rupanya aku dulu yang dapat suprise”..

Dalam gambar tersebut kelihatan sebuah sampul berisi wang tunai dan tertulis ‘duit cincin’. Selain itu individu tersebut turut berkongsi gambar ‘screenshot’ mesej yang dihantar pasangannya yang meminta lelaki itu melupakannya.

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas hubungan antara lelaki yang memuat naik gambar itu dengan wanita tersebut, namun ramai percaya mereka adalah pasangan tunang. Ini kerana wang yang dipulangkan itu menunjukkan tebus ganti cincin yang diberikan kepada wanita itu.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen apabila di Retweets sebanyak 22 ribu dan likes 9 ribu lebih. Malah turut mendapat komen lebih 300, rata-rata meluahkan rasa simpati dengan lelaki tersebut. Tidak kurang juga memberi kata-kata semangat dan berkongsi pengalaman serupa, ditinggalkan pasangan tunang/ kekasih..

Berikut di bawah ini adalah ‘screenshot’ mesej yang dihantar tunangnya kepada lelaki tersebut. Ringkas sahaja namun cukup menggambarkan tindakan nekad mahu memutuskan perhubungan hanya melalui telefon.

Rata-rata netizen menulis komen di bawah memberi kata-kata semangat kepada lelaki itu.

” Its okay. kau takrugi apa pun. you deserve someone better & yang penting kau dapat balik duit cincin kau HAHAHA..”

” Ada yg jenis sungguh nak kn kita tapi mungkin ada ‘sebab’ tertentu yg buat org tu tgglkn lelaki tu.dan sebabnya hanya mereka je thu…”

” It’s hard nak cari lelaki yg bersungguh nak kat kita. Ruginya dia . Bertabahlahh…”

” Pernah sekali ku putus sbb laki tu lg pilih janda kaya. Almaklum, bercinta time uni, mana ada duit. Tp klau aku ada RM10, aku bg dia RM10. Drp janda tu ada RM1mill, bagi RM50 je…”

” Rugi perempuan tu . Dia tak tahu kita busy cari duit untuk dia nak itu ini tapi last last , engko sabar jela . Beli dekat org lain…”

” Takpe, Allah akan jumpakan awak dgn wanita yg lebih baik dan terjaga akhlaknya.. jgn berkabung lama sgt k, tak berbaloi..”

Apapun yang berlaku, admin doakan semoga lelaki tersebut tabah menghadapi ujian ini. Semoga lelaki itu dipertemukan dengan wanita yang akan menerima dirinya seadanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : twitter via Newsviral


Apa Kata Anda?