(Video) Gempar; Syarikat Asing Mckip, Kuantan Curi Air Rm 500k, Dipayungi Oleh Pejabat Suk?

Untuk warga Kuantan dan Pahang, sila share. Dah melampau ni.

SAYA SAYANG MALAYSIA

Curi Air 1.0 dan 2.0

Sebagai warga Kuantan, saya terkejut dengan apa yang berlaku. Di saat kami dihimpit dengan masalah tekanan air rendah, ada kawasan yang kualiti airnya payau kerana penyusutan air di empangan akibat kemarau, tiba tiba kita dikejutkan dengan berita kecurian air pada skala yg sangat besar, dari satu syarikat asing yg beroperasi di MCKIP. Saya perincikan kronologinya.

Image may contain: one or more people and people standing

2 Mac 2018
SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) telah menerima aduan kes kecurian air di MCKIP.

14 Mac 2018
SPAN membuat serbuan namun menerima pangilan dari Pejabat SUK negeri utk membatalkan sebuan.
**Rakyat nak tahu pegawai mana yg khianati amanah rakyat dan adakah arahan ini datang dari org politik.

16 Mei 2018 – Selepas PRU 14.
(MB Pahang angkat Sumpah pada 15 Mei)
SPAN sekali lagi membuat sebuan dan membuat pemotongan pada paip sambungan. Notis dikeluarkan dan syarikat tersebut yg telah mencuri air sebanyak 327 Juta meter padu dalam tempoh 3 bulan diminta membayar RM500,000. ????(CURI AIR 1.0)

 

No automatic alt text available.

22 Mei 2018,
Syarikat tersebut masih gagal menjelaskan bayaran RM 500,000, pihak media dipanggil ketapak lokasi paip yg disita bagi membuat liputan bersama pegawai SPAN DAN YB Fuziah Salleh. Mereka terkejut kerana, paip yg dipotong dan disita disambung semula oleh syarikat asing ini. ????(CURI AIR 2.0)

Apa dah berlaku ni? kenapa syarikat ini seberani itu? Kami sebagai warga Kuantan mahukan jawapan dan tindakan segera dari kerajaan negeri. Syarikat yg biadap ini mesti diambil tindakan.

No automatic alt text available.

Kami warga Kuantan berterima kasih pada YB Fuziah Salleh (MP Kuantan) dan YB Sim Chon Siang (ADUN Teruntum), Pegawai SPAN dan Media yg membuat liputan.

 

Sumber; Suhaimi Md Saad via sepatuputih


Apa Kata Anda?

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Kisah Mat Sabu tak nak naik kereta Roti John trending: ‘Esok boleh tak saya pergi office sendiri? Tak payah datang ambil, segan saya’ – Halaman Ummi
  2. (Video) Gempar; Syarikat Asing Mckip, Kuantan Curi Air Rm 500k, Dipayungi Oleh Pejabat Suk? – Halaman Ummi

Comments are closed.