[VIDEO] ‘Roy’ Pecah Rekod Sukan Komanwel 2018 Dan Hadiahkan Malaysia Emas Pertama

Sukan Komanwel 2018 membuka tirainya secara rasminya semalam di Gold Coast, Australia. Untuk edisi kali ini, kontinjen Malaysia dibarisi 178 atlet dan 95 pegawai. Sukan Komanwel yang akan berlangsung selama 11 hari ini akan mempertandingkan 275 acara yang disertai 6,600 atlet dari 71 negara.

Atlet Malaysia nampaknya tidak menunggu lama untuk memungut pingat pertama apabila atlet angkat berat, Muhammad Azroy memenangi emas pertama negara dan memecahkan rekod Sukan Komanwel 2018. Tahniah!

Pecah rekod kejohanan

 
 

Pada kejohanan kali ini, Azroy berjaya memecah rekod Sukan Komanwel dengan angkatan 117 kilogram bagi acara snatch 56 kilogram, mengatasi rekod dilakukan Amirul Hamizan Ibrahim 116 kilogram pada edisi temasya di New Delhi 2010.

 
 

Tahniah sekali lagi kepada Azroy kerana telah mengharumkan nama negara. Harap ianya boleh menjadi pembakar semangat untuk atlet yang lain juga. Malaysia boleh!

Sumber: Berita Harian#teamMAS

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?