[VIDEO] WOW! Kereta Proton Baru Boleh Bagi Arahan Suara

Sekali lagi, khabar mengatakan SUV pertama Proton yang akan diasaskan dari Geely Boyue akan membuat kemunculan sulung dalam bentuk produksi sebenar pada suku keempat tahun ini. Berita terbaharu berkenaan dilaporkan oleh portal Malaysian Reserve yang menyebut ada sumber memberitahu SUV dengan pemanduan sebelah kanan tersebut dijangka boleh dipandu uji pada Oktober 2018, setelah segala kelulusan diperolehi dari pihak-pihak berkuasa berkaitan.

“Proses tersebut termasuk penarafan dari Program Penilaian Kereta Baharu (NCAP) dan SIRIM sebelum ia boleh dijual dipasaran. Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun, untuk mendapatkan kelulusan-kelulusan ini,” kata sumber tersebut kepada portal berita berkenaan. Kenyataan ini jelas sama dengan apa yang dikatakan oleh Proton sendiri tahun lalu.

Pandu Uji Geely Boyue

VIDEO :

Boyue pasaran China dengan pemanduan sebelah kiri yang mendarat di Malaysia tahun lalu membuat penampilan awam pertamanya pada Jun 2017. Sebelum dijual di pasaran tempatan, ia terlebih dahulu perlu disesuaikan dengan keadaan di sini serta berberapa perkara perlu direka semula bagi menjadikan ia sebuah Proton.

“Mana-mana produk yang dibawa dari Geely dan dari luar Malaysia, ia akan mengambil masa, kerana produk ini asalnya adalah pemanduan sebelah kiri, jadi untuk ditukar kepada pemanduan sebelah kanan perlu mengambil sedikit masa,” kata pengarah urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar September lalu.

Boyue yang dijumpai di Lebuhraya Elite semalam, tetapi masih dalam versi pemanduan sebelah kiri

“Tahap program CKD yang akan kami jalankan untuk produk baharu ini juga akan diperincikan, dan ini termasuk penghasilan versi pemanduan sebelah kanan serta komponen tempatan yang akan dihasilkan disini.

“Dalam struktur yang ada di Malaysia, sekiranya lebih banyak komponen dalam negara yang digunakan, maka banyaklah insentif yang diterima. Ini adalah antara perkara yang perlu diambil kira,” tambah Faisal.

Program penghasilan Boyue untuk versi Proton ini adalah salah satu inisiatif oleh Proton dalam perancangannya untuk kembali bangkit dan ia merupakan pelan strategik yang holistik bagi kembali menjana keuntungan. Dari segi harga pula, sumber berkenaan menyatakan ia akan ditetapkan dalam julat yang mampu milik.

“Geely Boyue sekarang ini dijual pada harga sekitar RM68,500 (110,000 yuan) di China, manakala saingannya seperti Honda CR-V dan Mazda CX-5 dijual pada harga lebih dari RM100,000. Tetapi ciri-ciri yang ditawarkan, harga mampu milik dan rekaan menarik (Boyue versi Proton tersebut) akan mengubah pasaran SUV,” dakwa sumber tersebut lagi.

Laporan berkenaan turut menyebut bahawa kilang Proton di Tanjong Malim akan mampu untuk menyokong produksi SUV ini pada pertengahan 2018. Untuk pengetahuan anda, Boyue merupakan sebuah SUV yang direka oleh bekas pereka Volvo, Peter Horbury. Ia merupakan SUV segmen-C dengan bentangan lima-tempat duduk, berukuran 4.5 meter panjang.

Untuk pasaran China, Boyue dijana dengan berberapa pilihan enjin termasuk 2.4 liter NA berkuasa 162 hp/210 Nm dan juga versi 1.8 liter turbo berkuasa 163 hp/250 Nm. Enjin-enjin tersebut dipadankan dengan sama ada transmisi enam-kelajuan manual atau automatik, bergantung pada pilihan enjin.

Model pasaran China juga diberikan pelbagai ciri menarik antaranya skrin sesentuh lapan-inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto dan juga kelengkapan keselamatan aktif seperti amaran keluar lorong serta cruise control adaptif.

Demo Geely Boyue

VIDEO :

 

Sumber : Youtube

SoyaLemon.NET

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?