‘Wira Penyelamat’ Meninggal Dunia

Selepas bertarung nyawa hampir 4 hari di unit rawatan rapi Hospital Temerloh, Abu Zarin Hussin atau lebih dikenali sebagai ‘wira penyelamat’ akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.45 pagi sebentar tadi.

Allahyarham yang merupakan anggota pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia meninggal dunia selepas kritikal akibat dipatuk ular tedung selar yang baru ditangkap oleh beliau kira-kira 4 hari lalu.

Sebelum ini beliau dilaporkan telah sedarkan diri daripada koma dan terpaksa menjalani beberapa pembedahan di tangan kanannya yang dipatuk ular.

 

Kemaskini dari rakan Allahyarham

Abu Zarin yang berkhidmat di Balai Bomba Temerloh merupakan salah seorang anggota yang pakar dalam menangkap reptilia merbahaya tersebut.

Beliau amat dikenali sebelum ini kerana gelagatnya mengendalikan reptilia berbisa itu selain pernah menyertai rancangan Asia’s got Talent di mana Allahyarham berjaya sampai ke peringkat suku akhir.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman –

 

Sumber: siakapkeli.com

 

Kisah sebelum ini

‘Wira Penyelamat’ Dilaporkan Kritikal Di ICU Akibat Dipatuk Ular (3 Foto)

Seorang anggota bomba yang amat dikenali ramai, Abu Zarin Hussin atau lebih dikenali sebagai Wira Penyelamat dilaporkan tidak sedarkan diri di wad rawatan rapi (ICU) Hopital Bentong selepas dia dilaporkan telah dipatuk ular tedung.

Berita dukacian berkenaan telah dimuatnaik di laman Friends of Bomba Malaysia, di mana laman itu memaklumkan Abu Zarin  masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Wad Kecemasan Hospital Bentong dan dikhabarkan dipindakan ke Hospital Temerloh.

“Marilah sama2 kita memanjatkan doa agar beliau selamat. Semoga diberikan kesembuhan untuknya..In Shaa Allah”, tulis laman berkenaan.

 

Beliau yang digelar “king” sering mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Abu Zarin sebelum ini dikenali ramai selepas banyak video dan gambarnya menangkap ular dan bermain dengan ular menarik perhatian netizen sehingga beliau boleh dikategorikan sebagai selebriti media sosial.

Bakat yang ada itu memboleh beliau pernah menyertai pencarian bakat Asia’s Got Talent dan berjaya bertahan sehingga ke peringkat suku akhir.

Ini bukanlah kali pertama, di mana termasuk kali ia Abu Zarin telah sudah sembilan kali dipatuk ular dimana yang paling teruk ialah beliau koma dua hari dan hampir meragut nyawanya apabila dipatuk ular tedung.

Apapun bersama-sama kita doakan semoga Abu Zarin cepat pulih dan dipermuadahkan segala urusan


Sumber: http://viralkan.win


Apa Kata Anda?