10 pemain tinggalkan Liverpool?

LIVERPOOL sedia melepaskan kira-kira sembilan hingga 10 pemainnya pada musim panas ini, lapor Daily Mail.

Antaranya adalah penjaga gol Loris Karius, Danny Ings, Divock Origi, Simon Mignolet, Lazar Markovic, Pedro Chirivella, Marko Grujic, Ben Woodburn dan Sheyi Ojo.

Difahamkan Pengurus Liverpool Jurgen Klopp mahu memperoleh pulang sehingga 100 juta pound sterling hasil penjualan kesemua pemain tersebut.

Nama pemain yang tersenarai tidak mengejutkan tetapi Karius atau Mignolet dikhabarkan akan kekal sebagai penjaga gol No 2 di Anfield.

Terdahulu, Karius mendedahkan dia tidak pasti mengenai masa depannya bersama Liverpool.

Penjaga gol kelahiran Jerman itu dikecam hebat susulan kesilapan terbaharu apabila menghadiahkan gol mudah kepada Borussia Dortmund ketika Liverpool tewaas 1-3 dalam kempen jelajah pra musim mereka ke Amerika Syarikat (AS).

Penyokong Liverpool masih marah dengan dua kesilapan yang dilakukannya ketika pasukan itu tewas kepada Real Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara, 27 Mei lalu.

 

Sumber: Source


Apa Kata Anda?