Ada pemain mahu Mourinho dipecat

SEKUMPULAN pemain Manchester United yang didakwa kurang senang dengan sikap Jose Mourinho berharap agar dia dipecat pada musim panas ini.

The Red Devils gagal menyaingi Manchester City untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kini saingan Piala FA merupakan peluang terakhir mereka untuk meraih satu-satunya piala bagi musim 2017/2018.

Mourinho menyalahkan anak buahnya di atas prestasi hambar mereka sehingga ada di kalangan pemain berharap dia dipecat pada hujung musim ini, lapor The Telegraph.

Namun lembaga pengarah dilaporkan bersedia menyokong Mourinho dan sanggup menjual Paul Pogba andai itu yang dikehendaki pengendali Portugal itu.

Mourinho kecewa dengan prestasi hambar Pogba yang dianggap tidak memberikan hasil setimpal dengan rekod pembeliannya.

Susulan itu, Mourinho turut menyenaraikan pemain Perancis itu dalam senarai untuk dilepaskan pada musim panas akan datang.

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?