[VIDEO] Moto3: Adam Norrodin hampir cipta kejutan di litar antarabangsa Sepang

Petronas Sprinta Racing kecundang di Litar Sepang apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat terakhir dalam perlumbaan 17 pusingan itu.

Adam yang memulakan perlumbaan daripada ‘pit lane’ walaubagaimanapun berjaya mencipta kejutan ketika perlumbaan berlangsung apabila beliau berjaya menyertai kumpulan paling hadapan selepas melakukan catatan masa terpantas sebanyak tiga pusingan.

Walaupun mengalami kemalangan ketika perlumbaan hanya berbaki dua pusingan sahaja lagi, pelumba muda dari Malaysia itu berjaya bangkit dan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 40 minit 12.816.

Perlumbaan bagi kategori Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang pada kali ini dimenangi oleh pelumba Sepanyol, Jorge Martin yang turut menyaksikan beliau berjaya merangkul kejuaraan dunia untuk musim ini dengan kemenangan tersebut.

Menyertai Martin di podium bagi perlumbaan kali ini adalah dua pelumba dari pasukan Leopard Rcing dari Itali, Lorenzo Dalla Porta dan juga Enea Bastianini.

Manakala rakan sepasukan Adam di pasukan Petronas Sprinta Racing, Ayumu Sasaki pula menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18.

Kredit Foto: MotoGP

VIDEO:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : FoxSports


Apa Kata Anda?