Arsenal belum umum pengurus baharu tapi…

UNAI Emery dilihat mengesahkan beliau akan menggantikan Arsene Wenger sebagai pengurus Arsenal baharu meenrusi mesej di laman web rasminya.

Menerusi pautan ke laman web unai-emery.com di akaun Twitter sah yang diverifikasi bekas pengurus PSG itu, membawa pembaca ke sebuah imej Emery berlatar belakangkan merah dengan lambang Arsenal.

Mesej itu menyebut ‘bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Arsenal’, meskipun kelab Gunners masih belum mengumumkan secara rasmi siapa yang akan menjadi pengurus mereka yang baharu.

Imej yang disiarkan lebih awal itu nampaknya menjadi kesilapan oleh pasukan media Emery, apabila ia ditarik balik sejurus selepas pukul 11 malam Selasa  (6 pagi Rabu waktu Malaysia).

Menerusi pautan ke laman web Emery menunjukkan mesej ‘error’.

Emery yang berusia 46 tahun itu kagum dengan kepimpinan Arsenal semasa rundingan dan melangkaui pilihan terdahulu Mikel Arteta pada minit terakhir. – Mail Online UK

 

Sumber: Source


Apa Kata Anda?