Aubameyang sertai Gunners

LONDON: Arsenal sah membeli Pierre-Emerick Aubameyang dari Borussia Dortmund untuk tempoh jangka panjang dengan rekod perpindahan kelab, hari ini.

Media British melaporkan perpindahan itu bernilai £56 juta (RM308 juta) sekali gus mengatasi rekod perpindahan kelab itu sebelum ini apabila mereka mendapatkan bekas penggempur Olympique Lyonnais, Alexandre Lacazette pada nilai £46.5 juta (RM256 juta).

Aubameyang meledak 98 gol dalam 144 perlawanan Bundesliga bersama pasukan itu selain mencetak 172 gol dalam 213 perlawanan secara keseluruhan.

Penyerang berusia 28 tahun itu juga penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Gabon dengan 23 gol dalam 56 perlawanan selain turut dinobat selaku Pemain Terbaik Afrika 2015.

 

 

Sumber: hmetro


Apa Kata Anda?