Chelsea kembali temui rentak

LONDON: Kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Liverpool Ahad lalu menunjukkan yang mereka sudah kembali menemui cara untuk mendapatkan keputusan baik dalam Liga Perdana Inggeris, kata pemain pertahanannya Gary Cahill.

Kejayaan menundukkan finali Liga Juara-Juara itu adalah kemenangan liga keempat berturut-turut dan skuad kendalian Antonio Conte kini masih berpeluang menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas dengan dua perlawanan berbaki.

Mereka akan berdepan Huddersfield Town esok dan Newcastle United pada Ahad.

“Akhirnya kami menunjukkan sikap yang betul, etika kerja yang betul untuk kembali ke tahap sepatutnya kami berada dan momentum itu semakin memuncak, kami mula mendapat keputusan baik,” kata Cahill.

Chelsea kini di tangga kelima pada 69 mata, dua mata mengatasi Tottenham Hotspur dan tiga di belakang Liverpool, yang hanya berbaki satu perlawanan.

Cahill berkata mengekang trio Liverpool, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino daripada menjaringkan gol Ahad lalu adlaah pencapaian besar.

“Kami berjaya menghalang tiga penyerang mereka yang cukup menakjubkan. Kami bertahan dengan cemerlang sebagai satu pasukan dan berjaya mengelak daripada dibolosi berdepan tiga pemain ini – pemain hebat yang mampu menghukum anda berkali-kali – sesuatu yang hebat,” katanya. – REUTERS

 

 

Sumber: bharian


Apa Kata Anda?