‘Chinese New Year Lah Not Thaipusam’- Kerana Foto & Kapsyen Di Twitter Ini, Luis Suarez ‘Ditegur’ Netizen

Nama pemain kebangsaan Uruguay dan kelab bola sepak terkenal dunia Barcelona, Luis Suarez tidak asing lagi buat peminat bola sepak di Malaysia. Suarez merupakan antara pemain penyerang paling berbisa dalam dunia. Pada November lalu, Suarez telah dilantik sebagai duta pelancongan negara selepas dipilih oleh Tourism Malaysia.

Kontrak Suarez bersama Tourism Board akan berjalan selama setahun. Dengan populariti yang ada pada Suarez, pastinya ia akan menarik lebih ramai pelancong untuk merasai dan explore sendiri keunikan yang ada di Malaysia. Tetapi semalam, Suarez telah memuat naik fotonya memakai baju tradisional India di Twitter. Tetapi..

Ada yang tak kena dalam kapsyen dan foto Luis Suarez?

Malam semalam Luis Suarez telah memuat naik foto serta kapsyen diatas di akaun Twitter miliknya. Suarez mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, tetapi dalam foto diatas Suarez mengenakan pakaian untuk perayaan yang lain. Mungkin mesej ingin disampaikan Suarez adalah bahawa sifat perpaduan rakyat Malaysia dalam perayaan tidak kira bangsa, agama atau budaya. Apa pula pendapat anda?

Ini antara komen orang ramai;

Suarez segak berpakaian tradisional perayaan Melayu, Cina & India

 
 
Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?