Demi Salah, Real tawar Asensio kepada Liverpool

REAL Madrid mahu menawarkan Marco Asensio sebagai sebahagian daripada pertukaran untuk membawa masuk bintang Liverpool Mohamed Salah.

Menurut portal Diario Gol, Los Blancos masih berminat terhadap bintang Mesir itu.

Terjahan kasar pemain Real, Sergio Ramos terhadap Salah pada aksi final Liga Juara-Juara, 27 Mei lalu dilihat menjejaskan rancangan mereka untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Namun, portal yang berpangkalan di Sepanyol itu menyebut, Real yakin tawaran sebanyak 88 juta pound sterling termasuk Asensio boleh mempengaruhi rundingan dengan Liverpool.

Menurut laporan Daily Mirror, Liverpool akan menawarkan kontrak baharu kepada Salah dan juga Sadio Mane yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Salah memperoleh pendapatan sekitar 120,000 pound sterling (RM641,118) seminggu manakala Mane 90,000 pound sterling (RM480, 838) seminggu.

Kedua-duanya akan memperoleh kenaikan gaji sekiranya setuju untuk terus memperkuat Liverpool untuk jangka masa panjang.

 

Sumber: Source


Apa Kata Anda?