Dua ‘Korban’ Mourinho Demi Sanchez

JOSE Mourinho akan menurunkan minatnya terhadap dua sasaran jangka panjang Manchester United jika berjaya menandatangani Alexis Sanchez dari Arsenal bulan ini.

Pemain Arsenal itu dilihat akan meninggalkan kelab utara London pada Januari setelah kontraknya memasuki enam bulan terakhir pada masa ini.

Sanchez hampir menyertai Manchester City pada musim panas tetapi kekal di utara London apabila The Gunners tidak dapat ‘menggoda’ Thomas Lemar untuk meninggalkan Monaco.

City telah menunjukkan semula minat mereka walaupun kukuh di puncak Liga Perdana, tetapi tidak bersedia untuk memenuhi penilaian £35 juta Arsenal terhadap pemainnya itu, membolehkan kelab pesaingnya, United, berpeluang merebut peluang ini pada saat terakhir.

Mourinho telah mengenal pasti Gareth Bale dan Antoine Griezmann sebagai sasaran perpindahan musim panas ‘box office’nya tetapi akan melupakan hasrat menandatangani dua pemain itu walaupun mereka telah berada dalam radar United selama beberapa tahun sekiranya Sanchez berjaya ditandatangani.

United sanggup menawarkan Sanchez gaji £350,000 seminggu untuk berada Old Trafford, gaji yang akan menjadikannya pemain yang paling banyak dibayar gaji di England dan dikatakan semakin yakin untuk mendapatkan khidmatnya.

“Jika ada peluang yang hebat dikemukakan, anda berjuang untuk peluang yang hebat itu,” kata Mourinho mengenai peluang untuk menandatangani Sanchez menjelang pertandingan Liga Perdana menentang Stoke.

“Biasanya kami akan cuba memperbaiki skuad pada musim panas dan cuba menjadikan setiap jabatan lebih kuat.

“Jika sesuatu dilakukan sekarang, kami tidak melakukannya lagi pada musim panas.

“Katakan pada musim panas kami mempunyai tiga sasaran, pemain pertahanan, pemain tengah dan pemain penyerang. Jika pada musim sejuk anda mendapat salah satu daripada tiga sasaran, maka pada musim panas tiga itu perlu ditolak satu.” -metroUK / Mstar


Apa Kata Anda?