Guardiola pertikai layanan The Reds

LIVERPOOL 5 April – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mempersoalkan layanan yang diterima pasukannya ketika tiba di Anfield selepas bas skuad The Citizens itu dibaling botol dan tin minuman sebelum menghadapi aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Liverpool.

Sudahlah menerima layanan buruk, City terpaksa menelan kekalahan 3-0 kepada skuad The Reds dan selepas tingkap bas pasukan pelawat pecat serta dua pegawai polis mengalami kecederaan selepas dibaling mercun, Liverpool perlu membuat permohonan maaf.

Guardiola diberi amaran tentang layanan yang bakal diterimanya dan pengendali dari Sepanyol itu mempersoalkan mengapa tiada kawalan keselamatan ketat diberikan kepada pemainnya.

“Semalam anda (media) menjelaskan mengenai perkara ini namun saya baru di sini untuk Liga Juara-Juara. Anda jelaskan apa yang akan berlaku dan ia pun terjadi.

“Kebiasaannya apabila polis mendapat tahu apa yang bakal berlaku mereka akan cuba untuk menghalangnya daripada berlaku,” kata Guardiola.

Dalam aksi tersebut, ketiga-tiga gol tersebut diperoleh pada babak pertama menerusi jaringan Mohamed Salah pada minit ke-12 sebelum Alex Oxlade-Chamberlain mengukuhkan kedudukan selang sembilan minit kemudian. Gol ketiga Liverpool dijaringkan oleh Sadio Mane pada minit ke-31. – AFP

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?