Iniesta akui kecewa Barca tersingkir, mungkin CL terakhir

ROMA dengan bangga melangkah kaki aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (CL) selepas menyingkir Barcelona awal pagi Rabu.

Biarpun ketika aksi pertama di Roma sebelum ini Barcelonan menang 4-1, namun cerita berbeza pula berlaku di Nou Camp bagi aksi suku akhir kedua itu.

Barcelona terpaksa berputih mata dengan kebangkitan Roma menjaringkan tiga gol tanpa balas sehingga wisel akhir dibunyikan.

Kapten Barca, Andres Iniesta mengakui kekalahan ini amat mengecewakannya malah dianggap sebagai aksi CL terakhir buatnya.

Aksi Iniesta (dua kanan) ketika bertemu pemain Roma awal pagi Rabu.

“Ada kemungkinan (terakhir) dan sebab itu jugalah saya lebih kecewa.

“Sangat menyakitkan apabila tersingkir. Tiada siapa yang menduga semua ini berlaku kerana kita mendahui mereka.

“Apabila kamu melakukan sesuatu dengan teruk dan banyak kesilapan dan tidak memahami perlawanan, inilah yang berlaku.

“Ini adalah musim yang paling mengecewakan buat kami,” ujarnya.

Malah jurulatih Barca, Ernesto Valverde juga mengakui ini merupakan malam yang teruk buat juara lima kali Eropah itu.

“Saya memohon maaf kepada semua penyokong. Ia satu kekecewaan yang amat besar. Tetapi kini kami perlu fokus dan perlawanan yang masih berbaki.

“Kami perlu pandang ke depan.”

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?