Jatuh Air Mata Jantan Bila Brooklyn Buat David Becham Menangis! So Sweet!

Bintang bola sepak dunia, David Beckham tentunya merupakan ayah paling beruntung di dunia kerana mempunyai famili yang begitu sayangkannya.

Awal minggu ini, dia menyambut hari kelahirannya yang ke-43 namun kejutan yang dibawakan anaknya, Brooklyn membuatkan dia mengalirkan air mata.

Apa taknya, Brooklyn yang kini menyambung pengajiannya di New York, Amerika Syarikat sanggup terbang pulang ke London, England untuk sama-sama meraikan hari lahir bapanya itu.

Ternyata, David tidak mengetahui akan kepulangan anaknya dan saat melihat kelibat Brooklyn, dia terus mengalirkan air mata gembira.

Video tersebut dikongsi di laman Instagram milik David dengan kapsyen ‘Best birthday suprise, my big boy coming home’.

Sesiapa yang menonton video tersebut pasti akan berhabuk mata melihatkan bagaimana dua beranak ini bertemu kembali setelah terpisah lama.

Terdahulu, David dalam temu bualnya turut mengakui sukar untuk melepaskan anak-anaknya pergi meninggalkan rumah keluarga mereka.

Namun dia akur apabila Brooklyn mengambil keputusan untuk menyambung pengajiannya di New York dalam jurusan fotografi.

Dalam pada itu, adik-beradik Brooklyn yang lain iaitu Romeo, Cruz dan Harper masing-masing turut memuat naik ‘appreciation post’ buat bapa mereka di laman Instagram masing-masing.

Happy birthday to the best dad in the world! I hope you have an amazing day ❤️❤️ love u @davidbeckham

A post shared by Romeo (@romeobeckham) on

‘Sweet’ sangat! Benar kata orang, kasih-sayang begini tidak boleh dibeli dengan duit. Tidak kiralah sekaya mana pun anda, famili tetap nombor 1!

sumber: IG David Beckham

 

Sumber: MH


Apa Kata Anda?