Joachim Low Pilihan Utama Akhiri Legasi Wenger

ARSENAL sudah mempunyai calon menggantikan Arsene Wenger sekiranya pengurus itu meninggalkan kelab hujung musim ini.

Jurulatih Jerman, Joachim Low menjadi calon pilihan utama untuk mengambil alih tempat Wenger musim depan walaupun kelab berdepan dengan situasi sukar dalam perbincangan bersama Jerman FA.

Low masih mempunyai baki kontrak sehingga Jun 2020 dan untuk mendapatkannya ia bukan mudah dan murah.

Joachim Low

Manakala kontrak Wenger bersama The Gunners masih lagi berbaki dua tahun.

Kedudukan Wenger musim ini agak goyang dengan prestasi pemain yang tidak menentu.

Namun kemunkinan untuk Wenger terus memegang posisinya itu ada berikutan hubungan baiknya dengan pemilik kelab Stan Kroenke seperti mana yang berlaku musim lalu.

Musim lalu, kedudukan Wenger juga terancam tetapi apabila berjaya memberi trofi Piala FA dengan menewakan Chelsea, dia diberi sambungan kontrak oleh kelab selama dua tahun.

Sekiranya benar Low berjaya dibawa masuk ke Stadium Emirates, ini bermakna legasi 22 tahun Wenger di Arsenal bakal berakhir.

 

Sumber: Mstar


Apa Kata Anda?