“Kami Rasa Seperti Sedang Tenggelam”

 

Reaksi Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane selepas tewas kepada Villareal di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid. -fotoAFP

MARCELO bengang apabila Real Madrid sekali lagi kalah, kali ini ke atas Villareal dalam saingan La Liga, Sabtu.

Real tewas 1-0 di Bernabeu selepas Pablo Fornals berjaya meledakkan gol sekali gus membawa kemenangan buat pasukannya.

Juara La Liga ini mempunyai 28 percubaan untuk menjaringkan gol, tetapi kelebihan tidak memihak kepada mereka.

Sementara itu, Villarreal menikmati kemenangan pertama mereka di Bernabeu dan kini hanya satu mata di belakang Real yang berada di posisi keempat liga.

Selepas persembahan yang buruk, Marcelo mengakui ini merupakan masa paling mencabar dalam kerjayanya dengan Los Blancos.

Bercakap selepas perlawanan, pemain bek kiri dari Brazil itu berkata: “Ini adalah salah satu situasi paling buruk yang saya alami di sini,” kata Marcelo, yang telah bersama Real selama 11 tahun.

“Kami cuba bermain bola sepak yang baik, menggerakkan bola dan menjaringkan gol tetapi ia tidak menjadi.”

“Kami sedih, marah dan kami berasa seperti sedang tenggelam.”

Sementara itu, Zinedine Zidane yang membawa Real meraih gelaran Liga Juara-Juara dan juara La Liga tahun lepas berpendapat ‘masalah mental’ mungkin yang menghalang Real daripada  memenangi perlawanan.

“Ini mungkin satu aspek mental yang menghalang kita daripada menang.

“Apabila kita berada dalam keadaan tidak baik, pasti ada perkara negatif yang difikirkan.

“Kami mempunayi peluang tetapi tidak menjaringkan gol, ini boleh meruntuhkan mental anda.” -expressUK / Mstar


Apa Kata Anda?