Minta baju Ronaldo, pengadil diperli ‘sarkas’

Cristiano Ronaldo. Foto AP

PEMAIN tengah Maghribi, Nordin Amrabat membuat kejutan apabila mendakwa pengadil, Mark Geiger meminta jersi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo semasa perlawanan Piala Dunia 2018 pada Rabu.

Bercakap kepada saluran televisyen Belanda selepas Portugal menewaskan Maghribi, Amrabat berkata: “Saya tidak tahu apa yang biasa bagi dia (Geiger), tetapi dia sangat dikagumi oleh Cristiano Ronaldo, dan saya dengar daripada (pemain Portugal) Pepe mengenai dia pada separuh masa pertama perlawanan sekiranya dia boleh mendapatkan baju (Ronaldo).

“Apa yang kita cakap ni? Di Piala Dunia? Di sini bukan sarkas.”

Mark Geiger. Foto Reuters

Pada Rabu malam, tiada pengesahan mengenai dakwaan itu dan pegawai media Portugal tidak mengulas ketika ditanya mengenai perkara itu.

Amrabat kekal kontrak bersama kelab Watford tetapi menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Leganes di Sepanyol. 

Pada Rabu, Ronaldo membantu Portugal mencatat kemenangan 1-0 ke atas Maghribi dalam perlawanan kedua Kumpulan B Piala pada Rabu. – Mail Online UK

 

Sumber: Source


Apa Kata Anda?