Nabil Fekir setuju pindah ke Anfield

LIVERPOOL bersetuju mengemukakan bidaan sebanyak 62 juta pound sterling dengan Lyon bagi mendapatkan khidmat Nabil Fekir pada musim panas ini.

Walaupun The Reds belum mendapatkan pengganti Philippe Coutinho yang menyertai Barcelona pada Januari lalu, pasukan itu sentiasa mencari pemain terbaik bagi mengisi kekosongan tersebut.

Dan kini RMC Sport mendakwa Liverpool sudah memuktamadkan perjanjian dengan Nabil yang setuju berhijrah ke Anfield dengan kontrak lima tahun.

Nabil beraksi cemerlang bersama Lyon dengan menjaringkan 17 gol dalam aksi Ligue 1 musim ini.

Uniknya, bekas pengurus Liverpool Gerrard Houllier turut terlibat dalam rundingan tersebut.

Houllier menjadi penasihat kepada Presiden Lyon Jean-Michel Aulas.

Difahamkan Houllier berlepas ke England beberapa minggu lalu untuk memuktamadkan rundingan tersebut.

Nabil akan menyertai adik lelakinya, Yassin Fekir di Anfield.

Bagaimanapun, Aulas dalam satu kenyataan menafikan laporan tersebut dengan mengatakan beliau berusaha memujuk Nabil untuk kekal.

“Kami tidak berhubung dengan Liverpool hari ini. Nabil Fekir ada di sini. Kami harap dia akan kekal musim depan,” katanya.

 

Sumber: Mstar


Apa Kata Anda?