Neville cadang supaya Mourinho dipecat!

Neville (kiri) dan Mourinho.

GARY Neville mencadangkan tenpoh Jose Mourinho berada di Old Trafford sepatutnya sudah berakhir.

Bekas pemain bintang Manchester United itu berkata demikian selepas skuad Mourinho tewas 1-0 kepada Brighton pada Sabtu.

Pada perlawanan tersebut, sebanyak enam pertukaran dibuat pengendali Portugis itu yang turut menyaksikan penjaga gol David de Gea terpaksa bekerja keras menyelamatkan serangan tuan rumah.

Persembahan itu meyakinkan Neville bahawa beberapa pemain dealam skuad itu sudah berhenti bermain untuk pengurus mereka.

“Saya rasa ia seperti ‘sedutan air’ terakhir untuknya daripada pemain. Kepercayaan yang dimahukan daripada pemain sudah hilang.

“Saya cuba mencari perkataan terbaik untuk menggambarkan prestasi mereka.

“Saya kata ‘sedih’ dan ‘dahsyat’ tetapi lebih mengejutkan apabila ia berlaku sejak minit pertama hingga akhir.

“Saya tidak pernah terfikir mereka akan kembali ke pada babak kedua dengan aksi yang sama, tetapi itu yang berlaku.

“Sebaliknya Brighton tampil lebih cemerlang sepanjang 20 babak kedua bermula,” ujar Neville.

Bekas pemain pertahanan itu mendakwa ia boleh membuatkan Mourinho dipecat tetapi mengakui keputusan itu tidak realistik.

“Apabila anda tidak mendapat mesej daripada pemain…sama ada pengurus atau pemain yang kena pergi.

“Buat masa sekarang, Manchester United tidak akan hilang Mourinho, jadi dia akan melakukan perubahan di bilik persalinan,” ujar Neville.

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?