Neville Dedah Hanya Seorang Sahaja Pemain Kelas Dunia Dalam Skuad Mourinho

GARY Neville percaya Manchester United hanya mempunyai seorang sahaja pemain bertaraf dunia.

Jelas bekas pemain legenda United itu, hanya David de Gea sahaja yang mempunyai ranking kelas dunia.

De Dea menjadi sebutan musim ini dan Neville percaya sikap konsistennya mampu menutup bayangan pemain lain dalam skuad Jose Mourinho itu.

David de Gea

“Dea Gea sahaja yang dianggap pemain berkelas dunia yang dimiliki Manchester United,” ujarnya kepada Goal.

Namun, Neville tidak menafikan beberapa pemain lain lagi merupakan bintang dalam skuad terkini United itu termasuk Alexis Sanchez dan Paul Pogba.

Katanya, Sanchez masih lagi mencari rentaknya sendiri selepas berpindah dari Arsenal.

 

Sumber: mstar


Apa Kata Anda?