Penyokong United harap Ronaldo sekat Liverpool

LONDON 3 Mei – Penyokong Manchester United kini mengharapkan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo untuk menyekat kecemerlangan Liverpool selepas The Reds mara ke final Liga Juara-Juara dengan menundukkan Roma 7-6 secara agregat, awal pagi tadi.

Aksi di Stadio Olimpico menyaksikan Roma menang 4-2 ke atas Liverpool namun ia tidak mampu menghalang skuad kendalian Jurgen Klopp untuk bertemu Real Madrid di dalam aksi final di Kiev.

Skuad kendalian Zinedine Zidan juga cemerlang selepas melangkah ke final dengan kemenangan agregat 4-3 ke atas Bayern Munich.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool kini berpeluang untuk meraih kejuaraan keenam sekiranya berjaya di Kiev dan perkara itu jelas tidak menyenangkan para penyokong Manchester United.

Atas dasar itu, penyokong The Red Devils kini bergantung harap kepada Real dan bekas bintang United, Ronaldo untuk menghalang kejayaan Liverpool.-AGENSI

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?