Pogba bikin England ‘panas’, nyanyi ‘it’s coming home’

PAUL Pogba mempunyai cara tersendiri dalam meraikan kemenangan pasukannya dalam Piala Dunia 2018.

Selepas Perancis menewaskan Croatia 4-2 pada Ahad, Pogba dilihat riang menyanyikan lagu ‘it’s coming home’.

Dalam perlawanan tersebut, Pogba juga berjaya menyumbangkan gol pada babak kedua.

Selepas kemenangan Perancis, semua pemain dan jurulatih meraikan kemenangan mereka di bilik persalinan.

Di situlah Pogba mengambil kesempatan menyanyi lagu ‘its coming home’ versinya sendiri.

Ia digunakan oleh penyokong pasukan England dalam kempen membawa pulang Piala Dunia ke tempat mereka pada tahun ini, bagaimanapun misi mereka gagal dan hanya menamatkan saingan di tempat keempat.

Pemain tengah Manchester United itu tidak lama kemudian menyedari bahawa dia mungkin telah menyebabkan penyokong England marah dan segera menekankan bahawa apa yang dilakukannya adalah gurau-gurauan semata.

VIDEO:

Paul Pogba trolls England after winning the World Cup ???????? (@paulpogba)

A post shared by SPORTbible (@sportbible) on

 

Sumber: Source


Apa Kata Anda?