Pogba tak hormat Mourinho, rakan

PAUL Scholes membidas Paul Pogba kerana tidak menghormati Jose Mourinho dan rakan pasukannya.

Malah Scholes percaya pemain kebangsaan Perancis itu akan meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini.

Legenda Red Devils itu juga kecewa dengan prestasi hambar Pogba ketika bertemu West Bromwich Albon.

Jelas Scholes, Pogba bersikap sambil lewa semasa pertembungan itu sehingga menyaksikan United tewas 0-1.

“Pada pengalaman saya, dia merupakan pemain yang berkebolehan. Dia juga sentiasa mahu belajar. Ia tidak berhasil buat pertama kalinya, dia kemudiannya pergi ke Juventus dan menjadi bintang sensasi selama dua atau tiga tahun.

“Dia datang ke sini, jika dia tidak berbaik dengan pengurus, saya tidak tahu. Namun hubungannya dengan Mourinho sejak beberapa minggu ini kelihatan dingin.

“Kita lihat pemain mengagumkan di sini. Dia beraksi sekali dalam setiap tiga atau empat perlawanan di mana bagi seorang pemain United jika anda cuba memenangi trofi, ia tidak cukup.

“Saya fikir dia tidak hormat pengurus selepas melihat caranya beraksi di West Brom,” kata Scholes.

Ditanya sama ada Pogba akan angkat kaki musim panas ini, Scholes berkata:”Saya fikir dia mungkin lakukannya.”

“Saya tidak tahu, saya tidak berbual dengan sesiapa di dalam kelab tetapi menerusi pemerhatian saya, hubungan mereka semakin dingin.

“Dan melihat kepada prestasinya pada Ahad lalu, anda fikir dia sudah tidak lagi peduli dengan apa yang difikirkan pengurus.

“Saya fikir dia tidak hormat kepada pengurus dan juga rakan pasukannya,” kata Scholes.

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?