Pulang awal, skuad Korea Selatan dibaling telur

SKUAD Korea Selatan terkejut dengan sambutan oleh penyokong bola sepak negara mereka sebaik kembali daripada saingan Piala Dunia 2018.

Son Heung-min dan rakan-rakannya dilayan dingin oleh segelintir penyokong Korea Selatan, malah mereka turut ‘dihadiahkan’ telur ketika berbaris untuk merakam gambar pasukan.

Mereka juga turut dibaling bantal oleh penyokong yang tidak dapat menerima kekalahan di Rusia.

Sisa telur yang dibaling di depan barisan pemain.

Pun begitu tidak ada pemain yang terkena balingan telur dan bantal itu, hanya sekadar di hadapan mereka sahaja.

“Saya tidak mahu kembali sehingga Julai ini, dan sangat kecewa kerana pulang lebih awal.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong. Tanpa penyokong-penyokong ini, kami tidak akan mencipta keajaiban ini,” ujar pengurus pasukan  Shin Tae-yong.

Skuad Taegeuk itu mengakhiri saingan Kumpulan F di kedudukan ketiga dan turut menyingkirkan juara bertahan, Jerman dengan keputusan 2-0 sebelum pulang Rabu lalu.

 

Sumber: Source


Apa Kata Anda?