Sanchez Ke United ‘Beberapa Hari Akan Datang’

 

Alexis Sanchez. -fotoGetty

PEMAIN Arsenal percaya Alexis Sanchez akan menyertai Manchester United beberapa hari akan datang, menurut laporan.

Pemain antarabangsa Chile itu tidak disenaraikan dalam pertembungan Arsenal dengan Bournemouth pada Ahad, sementara Arsene Wenger kini bersedia untuk menjual pemainnya itu.

Manchester City hampir menandatangani Sanchez pada nilai £60 juta musim panas lalu sebelum Arsenal menarik balik perpindahannya dan mahu menyelesaikan kesepakatan bulan ini.

Tetapi menurut Sunday Mirror, United telah membuat tawaran menarik dan anggota skuad Arsenal kini percaya bahawa Sanchez akan berada di Old Trafford dalam beberapa sahaja lagi.

Laporan itu mendakwa bahawa United sanggup menawarkan kontrak gaji sebanyak £400,000 seminggu, yang menjadikannya pemain mendapat bayaran tertinggi dalam Liga Perdana.

United juga bersedia menyerahkan bayaran perpindahan £30 juta kepada Arsenal, £10 juta lebih dari apa yang City sedia bayar dan hanya kurang £5 juta dari penilaian Gunners.

Tawaran kontrak semasa yang dibuat City adalah £290,000 seminggu, yang akan menjadikannya pemain terbaik dalam skuad Pep Guardiola, tetapi jumlah itu masih kurang berbanding tawaran United. -metroUK / Mstar


Apa Kata Anda?