“Saya Akan Berpindah Apabila…” – Hazard

EDEN Hazard mendedahkan dia mungkin akan meninggalkan Stamford Bridge.

Hazard memberitahu, kemungkinan untuk berpindah pada musim depan walaupun tidak dinafikan dia gembira bersama Chelsea.

Dilaporkan Paris Saint Germain bersedia membuat tawaran lumayan bagi mendapatkan pemain antarabangsa Belgium ini.

Bukan itu sahaja, kelab gergasi Sepanyol Real Madrid juga berminat mendapat pemain berusia 27 tahun itu.

“Saya masih mempunyai baki kontrak dua tahun. Saya gembira berada di sini. Penyokong sayang saya, keluarga juga selesa di sini. Kita akan lihat nanti.

“Dalam bola sepak semuanya boleh berlaku. Tetapi dalam bola sepak ada juga yang tidak berlaku.

“Setiap tahun mereka bercakap mengenai Real atau PSG.

“Dan apabila saya ingin tukar kelab, saya akan buat. Tetapi untuk masa ini, saya gembira di mana saya berada,” ujarnya kepada Telefoot.

 

Sumber: mstar


Apa Kata Anda?