“Saya tidak 100 peratus yakin dengan Lacazette” – Aubameyang

PENYERANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang mengakui dia bimbang untuk bekerja dengan Alexandre Lacazette ketika dia pertama kali menyertai kelab itu.

Kedua-dua penyerang Perancis itu adalah saingan antara satu sama lain pada Ligue 1 ketika mereka di St Etienne dan Lyon, posisi mereka yang sama mungkin melihat mereka bertempur di Emirates.

Tetapi Aubameyang berkata dalam temu bual bersama laman web rasmi Arsenal, kebimbangan tentang kerjasama yang sukar adalah tidak berasas.

“Rakan saya Lacazette berada di Lyon ketika saya berada di St Etienne.

“Saya menghargai dia dan adalah bagus untuk saya ketika saya tiba di sini kerana dia seorang yang baik, sangat positif.

“Saya tidak 100 peratus yakin tentang dirinya ketika saya tiba di sini kerana terdapat beberapa pemain Lyon lain yang saya sukar sesuaikan diri, tapi saya tiada masalah dengannya ketika saya bermain menentang mereka,” kata Aubameyang. – Eurosport

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?