Spekulasi Tinggalkan Chelsea, Conte Beri Penjelasan

ANTONIO Conte menegaskan dia tidak berminat untuk menamatkan kontraknya bersama Chelsea.

Spekulasi Conte akan kembali ke Itali menjadi bualan minggu ini selepas skuadnya tewas mengejut 3-0 kepada Bournemouth Khamis lalu.

Dalam masa sama, Persatuan Bola Sepak Itali sedang mencari pengurus baharu setelah memecat Gian Piero Ventura kerana kegagalan ke Piala Dunia tahun ini.

Timbalan Pesuruhjaya kelab,  Alessandro Costacurta dilaporkan akan terbang ke London untuk berbincang dengan bekas rakan sepasukannya, Conte.

Namun Conte yang membimbing Azzurri sebelum tiba di Stamford Bridge memberitahu, dia tidak berminta untuk tinggalkan London kerana masih mempunyai  18 bulan kontrak.

“Saya boleh beritahu bahawa Costacurca adalah kawan dan kami pernah bermain bersama dalam pasukan kebangsaan pada tahun 1994 (Piala Dunia).

“Mungkin dia lupa bahawa saya masih lagi mempunyai kontrak dengan Chelsea.

“Niat saya, minat saya adalah untuk menghormati kontrak yang ada,” ujarnya.

Mengenai masa depannya di Stamford Bridge, Conte mengakui tidak ada yang dibangkit kelab.

“Saya tidak tahu. Kami mengikat kontrak selama tiga tahun (2016).

“Sejak awal musim sehingga tewas kepada Burnley banyak spekulasi yang timbul.

“Tetapi saya tidak berminat dengan semua ini dan hanya menumpukan kepada tugas, pasukan dan cuba yang terbaik bersama mereka,” jelasnya.

 

Sumber: mstar


Apa Kata Anda?