Tak lepas kamera walau terjatuh, dirempuh pemain Croatia dan akhirnya…

SEORANG jurukamera ‘terperangkap’ dalam kelompok pemain Croatia yang meraikan kejayaan mereka selepas menjaringkan gol kedua pada separuh akhir Piala Dunia.

Bagaimanapun, insiden itu tidak menghalangnya daripada melakukan tugasnya dengan baik.

Seperti pasukan-pasukan lain yang mara ke final Piala Dunia, kali ini Croatia meraikan gol kemenangan mereka ke atas England.

Mereka melompat di atas badan rakan-rakan sepasukan serta di atas semua orang yang berada dekat dengan mereka.

Bagaimanapun, seorang jurukamera pada perlawanan itu terperangkap dalam situasi penuh keghairahan itu, apabila seorang pemain Croatia meluru ke arahnya dengan gembira.

Yuri Cortez, yang bekerja untuk AFP Mexico sebagai ketua jurugambar dan ditempatkan di tepi padang sentiasa bersiap sedia untuk merakamkan semua momen penting dalam perlawanan itu.

Apabila Croatia menjaringkan gol kemenangan, keadaan berubah sekelip mata, berbeza daripada apa yang pernah dialami Cortez!

Sudah tidak ada halangan di antara padang dan jurugambar dan ketika pemain Croatia bergembira, mereka tanpa sengaja merempuh Cortez sehingga dia terjatuh.

Cortez, walau dalam keadannya berada di bawah pemain Croatia, tidak mahu melepaskan peluang dan terus mengambil gambar jarak dekat yang akhirnya memberikan hasil yang sangat memuaskan.

Agensi berita AFP memuat naik foto itu di Twitter, dengan kapsyen: “Inilah keadaannya bila anda berada dengan pemain Croatia yang meraikan #WorldCup.”

Agensi berita itu memberi jaminan bahawa jurukamera itu berada dalam keadaan baik: “Jangan risau, Yuri dalam keadaan baik.”

Cortez juga tidak melepaskan peluang merakamkan saat-saat seorang pemain menghulurkan tangan untuk membantunya bangun dari padang.

Jurugambar itu akhirnya dapat bangun dan para pemain terus meraikan kemenangan apabila mendapati keadaannya baik, malah salah seorang pemain sempat ‘menghadiahkan’ ciuman di kepala jurugambar itu.

 

Sumber: Source


Apa Kata Anda?