“Takkan Hanya Tersenyum Bila Orang Cakap Begitu”

PEMAIN Tottenham Hotspur kelahiran Korea Selatan yang memiliki senyuman ‘terlebar’ di Liga Perdana berkongsi tentang pengalaman awalnya berhijrah ke Jerman kira-kira 10 tahun lalu.

Selepas setahun keluar dari Hamburg, Son Heung-min yang berusia 17 tahun ketika itu ditempatkan di sebuah bilik tunggal di rumah inap di Portsmouth.

Pemain itu berimpian untuk bermain di Eropah dan memiliki bakat yang besar.

“Saya tiada kawan di sana, tiada keluarga bersama saya dan saya tidak boleh bertutur… Saya tidak tahu sepatah perkataan.

“Saya hanya sendirian dan takut, anda tahu? Ia amat sukar.

“Saya diberikan tempoh percubaan di Tottenham dan Blackburn. Mereka letak saya di rumah inap.

“Saya hanya budak-budak ketika itu dan saya tidak tahu apa-apa. Itulah memori pertama saya di England dan ia bukanlah memori yang bagus,” katanya kepada Daily Mail.

 

Hari ini, Tottenham memanggilnya Sonny dan dia dianggap antara pemain Korea Selatan yang berprofil tinggi.

Ketika ditanya sama ada pemain berusia 25 tahun itu berasa kedudukannya sudah kukuh dalam arena bola sepak, Heung Min berkata: “Saya cuba tapi saya tidak rasa begitu. Harry Kane dan Dele Alli…saya hanya cakap pada orang yang saya bermain bersama mereka… itu sudah memadai bagi saya.

“Saya hanya berlatih setiap hari, setiap sesi dan harap dapat belajar lagi. Tengok Harry, saya tengok dia berlatih dan dia boleh jaringkan gol dari semua arah, sangat ‘mengarut’.

“Saya nak berada di tahap itu dan saya sudah lakukan beberapa aksi yang OK.

“Saya ada jaringkan gol, tapi ia bukanlah segalanya, kan? Bola sepak lebih daripada itu,” katanya yang sudah fasih berbahasa Inggeris tapi memiliki lenggok Jerman.

Tambah pemain itu lagi, dia mempelajari bahasa kesat di Jerman secara sengaja kerana tidak mahu ditertawakan oleh orang tempatan.

“Kalau ada orang cakap benda tidak elok kepada saya, takkan saya hanya tersenyum? Jadi saya memahami bahasa kesat Korea, Inggeris dan Jerman,” katanya sambil berseloroh.

 

Sumber: mstar


Apa Kata Anda?