United mahu lepaskan Martial hujung musim ini

LONDON 2 April – Jose Mourinho memberi lampu hijau kepada Manchester United untuk melepaskan Anthony Martial pada musim panas ini.

Pemain berusia 22 tahun itu gagal beraksi konsisten musim ini tetapi berjaya menjaringkan 11 gol dan membantu tujuh jaringan dalam 40 penampilan setakat ini.

Kehadiran Alexis Sanchez, Januari lalu menyukarkan Martial untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama dan bintang antarabangsa Perancis itu hanya memulakan aksi dalam empat perlawanan sahaja selepas ketibaan bintang Chile itu ke Old Trafford.

The Sunday Mirror melaporkan bahawa Mourinho sudah hilang sabar dengan Martial dan bersedia untuk melepaskan pemain itu pada penghujung musim ini.

Juventus bagaimanapun menyuarakan hasrat untuk mendapatkan Martial dan juara Serie A itu sudah memulakan perbincangan bersama pemain Perancis itu.

Laporan di Itali mendakwa, Martial juga sudah berbincang bersama rakan senegaranya, Blaise Matuidi mengenai peluangnya untuk menyertai Juventus.-AGENSI

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?