Wenger Beri Bayangan Sedia Tinggalkan Arsenal

ARSENE WENGER memberi bayangan bahawa dia terpaksa undur diri daripada Arsenal selepas mengakui perlu menerima ‘akibat’ sekiranya keputusan tidak mencapai sasaran pada baki musim ini.

Jurulatih kelahiran Perancis itu menandatangani kontrak baharu selama dua tahun pada musim lalu namun tekanan semakin memuncak di Emirates apabila The Gunners kekurangan 13 mata di belakang Tottenham Hotspur yang berada di tangga keempat liga dan baki perlawanan cuma tinggal lapan.

Daripada segi pungutan mata musim ini, Arsenal semakin menjunam ke tangga tercorot dan hanya berlawan dalam Liga Eropah buat masa ini.

Nasib Wenger akan terjawab pada sesi ulasan lembaga kelab itu pada akhir musim ini.

Bagaimanapun, Wenger mendakwa dia adalah mangsa diskiriminasi umur.

“Lihat, apabila anda berumur… anda menumpukan untuk melakukan yang terbaik buat kelab anda dan mengendahkan yang lain.

“Semakin anda berusia, semakin berlaku diskriminasi umur. Saya terima jika keputusan tidak bagus dan sedia terima akibatnya.

“Tapi, secara keseluruhannya, saya rasa susah nak terima selepas bersama dengan kelab ini untuk tempoh yang panjang.

“Tapi saya kena terima sebab saya dalam pekerjaan yang dinilai oleh orang awam dan perlu membuktikannya menerusi keputusan. Saya terima bahawa saya dihakimi berdasarkan keputusan,” katanya kepada BeIN Sports.

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?