Ajal sijelita .. Skuter putus dua di rempuh Alza dipercayai mengantuk (8Gambar)

Bentong : Seorang wanita maut apabila motosikal skuter yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis perodua Alza dalam kejadian di jalan Bentong Raub hari ini.

Mangsa yang maut dikenali dengan nama Khatijah atau lebih mesra dengan panggilan khtay berusia 20an, mangsa merupakan kerani Am sekolah dan berasal dari Lurah Bilut Bentong.

Mengikut saksi yang melihat kemalangan itu, Azla terbabit hilang kawalan dan masuk kelaluan bertentangan yang mana ketika itu lah Azla tersebut merempuh motosikal mangsa.

 

Laporan awal dipercayai pemandu Alza yang dinaiki satu keluarga yang terdiri dari  pemandu dan seorang wanita serta 2 kanak-kanak berkemungkinan mengantuk.

Namun punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, jenazah Khaty yang terbujur dijalan di Hantar ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut sebelum dibawa pulang ke Lurah Bilut.

Apa yang berlaku mengundang pilu insan-insan yang mengenali Khaty atau Angah yang mana mereka menyifatkan Angah seorang rakan dan anak yang sangat baik.

Permergian nya ditangisi keluarga dan insan-insan yang mengenali Angah, ajal nya terbujur kaku dijalan raya akibat kecuaian orang lain. Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. Ajal sijelita .. Skuter putus dua di rempuh Alza dipercayai mengantuk (8Gambar) – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.