Bakal Pengantin Kemalangan .. Nazak Dan Hembus Nafas Dipangkuan Bapa (8Gambar)

Bagan Serai : Wahid seorang insan yang sangat disenangi rakan-rakan dan telah mengikat tali pertunangan dengan pasangannya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Namun tidak disangka malam tadi dia yang dikata dalam perjalanan mengunting rambut dengan menunggang motosikal telah bertembung dengan sebuah motosikal lagi yang menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Apa yang paling memilukan ayah kepada Wahid yang merupakan seorang Pengetua di sebuah sekolah di Bangan Serai sempat ke lokasi kejadian dan sempat memangku anak nya sebelum meninggal dunia.

Akhbar Harian Metro melaporkan dua penunggang motosikal maut manakala seorang pemandu kereta parah dalam kemalangan di Kilometer 105 Jalan Ipoh-Butterworth berhampiran Masjid Tinggi, Bagan Serai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata kejadian 9.45 malam itu membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta.

 

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan Abdul Wahid Shahrudin, 25, maut di lokasi kejadian manakala K Punithan, 21, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping pada 12.30 tengah malam tadi.

Katanya, seorang lagi mangsa iaitu pemandu kereta berusia 21 tahun patah kaki kanan dan luka di kepala.

“Punca sebenar kemalangan masih belum dikenal pasti kerana tiada saksi bebas yang melihat kejadian itu dan lokasi kejadian turut tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

“Bagaimanapun, menurut pemandu terbabit, dia dalam perjalanan dari Taiping ke Bagan Serai sebelum menyedari satu objek di laluannya dan cuba mengelak namun terbabas dan merempuh tembok batu penghadang paip di kiri jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Omar Bakhtiar berkata, polis masih menjalankan siasatan dan turut meminta kerjasama orang awam atau saksi yang melihat kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Semoga ayah wahid serta keluarga tunang nya tabah, yang maha esa lebih sayang wahid. Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net


Apa Kata Anda?