Bercuti selamanya .. Skot Daniel dijemput ajal masa bercuti kereta bertembung lori roti (8Gambar)

Sungai Petani : Seorang anggota tentera yang baru setahun berkhidmat telah terlibat dalam kemalangan apabila kereta Proton Saga yang dinaikinya bertembung dengan lori muatan roti dalam kejadian di jalan Sungai Petani Alor Star.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali dengan nama Mohd Daniel,23, berasal dari Bedong Kedah mula menyertai tentera pada 08 April 2017.

Mohd Daniel yang dalam tempoh bercuti mulai 14 April sehingga 21 April meninggal dunia ditempat kejadian manakala rakanya PBT Rozaidi cedera dan di hantar ke Hospital Sungai Petani.

 

Apa yang berlaku mengudang pilu rakan-rakan dan insan yang mengenali arwah yang mana arwah disifatkan sebagai seorang insan yang sangat baik dan sangat disenangi rakan-rakan.

Tidak disangka oleh mereka sama sekali percutian Skot Daniel rupa nya dia akan bercuti selamanya kembali ketempat yang kekal abadi.

Jenazah akan dibawa kerumah keluarga mangsa di Taman Sinar Mentari Bedong Kedah dan akan disemadikan disana, permergian Skot Daniel satu kehilangan buat rakan-rakan dan warga tentera,Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net

 


Apa Kata Anda?