Otak Terburai Dihempak Cerucuk 350Kg .. Ajal Aniff Ketika Mencari Rezeki(8Gambar)

Ipoh : Apa yang berlaku pada Mohd Hanif Azman, 21, amat memilukan dia maut dengan tragis ketika berkerja mencari rezeki.

Jarang ada remaja melayu yang berkerja sebagai buruh ditapak pembinaan, namun tidak bagi Haniff dia selesa dengan kerja itu namun tidak disangka ajal nya disitu.

Harian metro melaporkan seorang lelaki ditemui maut dengan kepala pecah dan otak terburai dipercayai ditimpa besi cerucuk di kawasan projek pembinaan tebing sungai di Meru Raya, Ipoh, hari ini.

Kejadian berlaku pada 10 pagi ketika mangsa Mohd Hanif  beralamat di Mukim Pedu, Kuala Nerang, Kedah, dikatakan melakukan kerja di kawasan itu.

 

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, ketika kejadian mangsa berada di lokasi bersama penyelia tapak projek dan pemandu mesin menanam cerucuk.

“Berdasarkan keterangan penyelia projek, tugas mangsa adalah memasukkan cangkuk pada batang cerucuk yang beratnya 350 kilogram dengan 20 meter panjang.

“Selepas meletakkan cangkuk, mangsa dipercayai lari menyembunyikan diri di sebelah mesin berkenaan ketika batang cerucuk diangkat ke atas menggunakan tali kabel.

“Secara tiba-tiba tali kabel terlepas daripada ikatan sebelum besi cerucuk menimpa kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kepala mangsa pecah dan otaknya terburai, manakala tiada kesan kecederaan lain ditemui.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

“Pihak JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja) dihubungi bagi membolehkan siasatan diteruskan dan mengarahkan kerja pembinaan dihentikan serta-merta selama satu bulan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher dan kepala. Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net


Apa Kata Anda?